Dompet Dhuafa

Alamat1 : Jl. Ir. H. Juanda No.50 Ciputat Indah Permai Blok C. 28 – 29 Ciputat. 15419 Telp. 021 741 6050(hunting) // Fax. 021 741 6070

Alamat2 : Wisma Nugra Santana Lt. 17 Jl. Jend. Sudirman Kav. 7 – 8 Jakarta Pusat Telp. 021 251 0722 (hunting) // Fax. 021 251 0613

Rekening Zakat:
Bank BCA. ( 237.301.8881 )
Bank Mandiri. ( 101.00.98300.997 )
Bank Mandiri Syariah. ( 004.001.2341 )
Bank BNI. ( 000.530.2291 )

Rekening Infaq/Sedekah:
Bank BCA. ( 237.301.9992 )
Bank Mandiri. ( 101.00.81050.633 )
Bank Mandiri Syariah. ( 004.001.0004 )
Bank BNI. ( 000.529.9527 )
info selengkapnya lihat di: http://www.dompetdhuafa.org/?page_id=4003.html

Dari mana datangnya cinta?


KEAJAIBAN kalimah CINTA dalam kehidupan manusia. Kalimah yang mampu menghidupkan jiwa, juga kalimah yang mampu mematikan hati. Kalimah yang memandu manusia mengenal diri lalu melangkah pasti mencari redha Ilahi, juga kalimah yang melempar manusia jauh ke lembah penuh kehinaan lalu mengharungi lautan dosa dan nista.

Cinta itu mensucikan akal, mengenyahkan kekhuatiran, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin memberikan penghayatan mengenai pengaruh cinta dalam kehidupan seseorang.

Saya amat bersetuju untuk mengatakan bahawa cinta itu sebahagian dari nadi kehidupan, juga tanda bahawa kita masih memiliki hati dan perasaan. Terlalu mustahil untuk kita menanggalkan rasa cinta dari hati kita. Bahkan inilah fitrah insani, tanpa perasaan cinta kita tidak akan mampu menjadi insan hakiki.

Islam tidak pernah menghalang untuk cinta bersemi dijiwa-jiwa kita apatah lagi untuk cinta itu mewarnai helaan nafas kita dengan harapan dan perjuangan. Cinta adalah sesuatu yang menghidupkan jiwa, membangunkan cita serta mengobarkan semangat perjuangan ketika manusia berdepan dengan rimba takut dan hampa, ketika awan keraguan menutup pandangan dan harapan serta ketika jiwa-jiwa terasa kerdil dan hina memandang kehidupan. Cinta adalah cahaya ketika jiwa kegelapan dan suram, pembimbing ketika hati lalai dan leka serta penawar ketika luka-luka kehidupan menjaluri hati dan perasaan.

Islam tidak pernah memandang cinta dengan pandangan hina dan jelek tetapi manusia dengan segala kejahilan dan kerakusannya telah mencemari kesucian cinta dengan penuh ketergesaan dan kesombongan. Kejahilan telah menjadikan cinta sebagai sembahan dan ilah (tuhan) baru bagi manusia-manusia yang memburu syurga dunia. Ketergesaan dan kecetekan fikiran telah memperdayakan manusia dengan bisikan kebahagiaan penuh kepuraan. Lalu manusia tersungkur hina dipentas dunia sementara setelah tergadainya segala kemuliaan dan harga diri.

Islam tidak pernah mengancam dosa dan siksa bagi pemilik-pemilik cinta namun dengan kebijaksanaannya syaitan telah menaburi bunga-bunga cinta untuk menghiasi jalan ke Neraka. Lalu kita mengorak langkah meninggalkan keredhaan dan syurga Allah SWT.

Cinta memiliki kekuatan yang luar biasa. Benarlah kalau cinta memerlukan persiapan dan aturan. Tidak lain dan tidak bukan, agar cinta itu tidak berubah menjadi cinta yang membabi buta yang dapat menjerumuskan manusia pada kehidupan kebinatangan dan penuh kenistaan. Bila cinta dijaga kesuciannya, manusia akan selamat. Para pasangan yang saling mencintai tidak hanya akan dapat bertemu dengan kekasih yang dapat memupus kerinduan, tapi juga mendapatkan ketenangan, kasih sayang, cinta, dan keredhaan dari dzat yang menciptakan cinta yaitu Allah SWT. Di negeri yang fana ini atau di negeri yang abadi nanti.

Bahkan Islam mengajar kita bahawa cinta itu ada Pemiliknya. Asalkan kita mengenal pemilik hati dan cinta kita maka kita akan hidup mulia. Cinta keluarga, wanita, dunia dan sebagainya adalah sarana atau wasilah untuk kita mencari cintaNya. Kita cintakan segalanya demi cinta kita kepadaNya. Kita menjadi suami atau isteri yang baik demi mencari redhanya lalu kita membangunkan rumahtangga kita dengan penuh kemuliaan dan menjaga panduan dan laranganNya. Bahkan kita melihat anugerah kehidupan inipun sebagai bukti cintaNya lalu kita tersungkur sujud sambil melagukan kesyukuran tak berpenghujung.

Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan seperti sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.



oleh Mutiara Hat

KISAH ANAK YATIM MEMINTAKAN SYAFAAT


 amalanartikel islamfiqihand renungan.

Dikisahkan, seorang salaf berkata, “Dahulu aku adalah seorang yang tenggelam dalam berbagai macam perbuatan maksiat dan mabuk-mabukan. Pada suatu hari aku menemukan seorang anak yatim yang miskin. Lalu aku ambil anak yatim itu dan aku berbuat baik kepadanya.
Aku beri ia makan, pakaian, dan aku mandikan ia sampai bersih semua kotoran yang menempel di tubuhnya, dari ujung rambut sampai ujung kaki. Aku menyayanginya seperti seorang ayah menyayangi anaknya, bahkan lebih. Malamnya aku tidur dan bermimpi bahwa kiamat sudah tiba. Aku dipanggil menuju hisab. Kemudian aku diperintahkan untuk masuk neraka karena banyaknya dosa dan maksiat yang aku kerjakan.
Malaikat Zabaniyyah menyeretku untuk memasukkanku ke dalam neraka. Saat itu aku merasa kecil dan hina di hadapan mereka. Tiba-tiba anak yatim itu menghadang di tengah jalan sambil berkata, ‘Tinggalkan ia wahai malaikat Rabb-ku! Biarlah aku memintakan syafaat untuknya kepada Rabb-ku! Dialah yang dulu telah berbuat baik kepadaku, telah memuliakanku!’
Malaikat berkata, ‘Tetapi aku tidak diperintahkan untuk itu.’ Sekonyong-konyong terdengar seruan dari Allah, firman-Nya, ‘Biarkan dia, sungguh Aku telah mengampuninya dengan syafaat anak yatim itu dan kebaikannya kepadanya!’ Lalu aku terbangun dan aku pun bertaubat kepada Allah ‘azza wa jalla, dan saya terus berusaha semaksimal mungkin untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak yatim.”
by: Dosa-dosa Besar, bab Mamakan Harta Anak Yatim dan Menzhaliminya oleh Imam Adz-Dzhabi

Doa yang sangat wajar diamalkan di zaman ini (AYAT PENGGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut :


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut :




Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut :

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan :

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini :

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut :

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

• Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah. Amin..



Mutiara Hati
Ustaz Ismail bin Abu Bakar
Dengan ihsan darussyifa.org

Beberapa Hadist Tentang anak Yatim – Rumah Dhuafa

1. Hadits Pertama
مَنْ ضَمَّ يَتِيْمًا بَيْنَ أَبَوَيْنِ مُسْلِمَيْنِ فِيْ طَعَامِهِ وَ شَرَابِهِ حَتَّى يَسْتَغْنِيَ عَنْهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
“Barang siapa yang mengikutsertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk surga.” [HR. Abu Ya'la dan Thobroni, Shohih At Targhib, Al-Albaniy : 2543].
2. Hadits Kedua
“Ada seorang laki-laki yang datang kepada nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu akan terpenuhi.” [HR Thobroni, Targhib, Al Albaniy : 254]
ALLAHUMAJ’ALNA MINHUM YA RABB…
3. Hadits ketiga
Suatu ketika Saib bin Abdulloh rodhiyallohu ‘anhu datang kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, maka Nabi sholallohu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya :
ياَ سَائِبُ انْظُرْ أَخْلاَقَكَ الَّتِيْ كُنْتَ تَصْنَعُهَا فِيْ الجْاَهِلِيَّةِ فَاجْعَلْهَا فِيْ اْلإِسْلاَمِ. أَقْرِ الضَّيْفَ و أَكْرِمِ الْيَتِيْمَ وَ أَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ
“Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliyahan, laksanakan pula ia dalam masa keislaman. Jamulah tamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada tetangga.” [HR.Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani : 4836]
4. Hadits keempat
Dalam sebuah atsar disebutkan riwayat dari Daud ‘alaihissalam, yang berkata :
كُنْ لِلْيََتِيْمِ كَاْلأَبِ الرَّحِيْمِ
“Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapak yang penyayang.” [HR. Bukhori]

Bagi yang ingin menyalurkan Dana Zakat infaq Shodaqoh..
hubungi Rumah Dhuafa:
tlp  : 021-8856530
Hp : 081383650665
atau salurkan Dana zakat infaq Shodaqoh anda melalui No Rek BSM : 0697055615 a/n Rumah Dhuafa

info lebih lanjut, silahkan kunjungi link di bawah ini:
http://kasihianakyatim.blogspot.com/

Menyoal Nasib Anak Jalanan

Pemandangan anak-anak jalanan di kota besar sudah tidak asing lagi,
dimana di keseharian mereka selalu berada dijalanan dan berbaur dengan kerasnya
kehidupan jalanan.

Pemandangan yang sudah sangat biasa dimana mereka berhamburan menghampiri
para pengendara yang berhenti pada saat lampu merah, hal itu tidak lain untuk
meminta belas kasihan dari orang-orang yang sedang melintas tersebut.

Suatu pemandangan yang sebenarnya boleh dikatakan unik, dimana ketika
anak-anak tersebut menjulurkan tangan sambil mengelus elus perut sebuah isyarat
yang menandakan mereka sedang lapar. Ada juga kegiatan anak jalanan yang seolah
olah menjual jasanya kepada pengguna jalan yaitu membersihkan atau mengelap
kaca mobil bagi mereka pengendara mobil.

Pemandangan lain terlihat dimana anak-anak tersebut mengamen seolah-olah
menjual suara mereka yang semuanya itu pada ujungnya mengharapkan belas kasihan
dari orang-orang. Pengendara yang merasa kasihan akan merogoh kantongnya dan
memberikan sejumlah uang kepada anak-anak tersebut, namun tidak jarang juga
pengendara yang cuek dengan keadaan tersebut, diam tidak memberi apa-apa dan
melaju kembali ketika lampu hijau menyala. Begitulah kegiatan anak-anak yang
tidak beruntung tersebut menunggu lampu merah menyala kembali.

Variasi umur anak-anak jalanan itu juga bermacam macam, mulai dari yang
masih balita (5 tahun) sampai yang sudah beranjak dewasa. Desakan kebutuhan
ekonomi rupanya tidak memandang usia. Memang sungguh nasib yang sangat malang,
berbeda dengan anak-anak yang hidup wajar lainnya, dimana anak jalanan balita
tersebut seharusnya masih dalam pangkuan orang tuanya dan selayaknya mendapat
kasih sayang, pendidikan, perhatian khusus dan gizi yang layak.

Akan tetapi malah sebaliknya, mereka harus berjuang untuk melawan
kerasnya kehidupan dan tekanan ekonomi yang semakin menjadi-jadi, semua itu
dilakukan untuk menghidupi dirinya sendiri dan bahkan menghidupi
keluarga-keluarganya.

Jumlah dan kondisi anak jalanan di Indonesia sangat memprihatinkan dimana
jumlah mereka sudah sangat tidak sedikit dan membuat resah sebagian orang.
Seperti di lansir Kompas Edisi 20 Januari 2010, jumlah anak jalanan meningkat
50 persen, dimana pada tahun 2008 sebelumnya anak jalanan tersebut masih
berjumlah 8000 orang, namun pada tahun 2009 jumlah mereka mencapai lebih dari
12.000 orang.

Lebih mengejutkan survey tersebut hanya masih pada wilayah DKI Jakarta
saja. Sungguh angka yang sangat fantastis bukan? Mengapa tidak jumlah penduduk
12.000 jiwa sudah setara dengan jumlah penduduk pada satu atau lebih Desa atau
kelurahan. Survey lain mengatakan jumlah anak jalanan di puluhan kota besar di
Indonesia mencapai 300.000 orang atau dapat disetarakan dengan jumlah penduduk
dilebih dari satu kecamatan.

Konsep dan pola kehidupan anak jalanan ini juga berbeda beda, namun
jelasnya mempunyai satu tujuan yang sama yaitu untuk kegiatan ekonomi. Ada anak
jalanan yang masih hidup bersama orang tuanya atau masih mempunyai hubungan
dengan orang tuanya dan anggota keluarganya. Biasanya anak seperti ini adalah
anak yang di manfaatkan orang tuanya untuk membantu mencari nafkah demi untuk
menyambung hidup. Setelah tiba waktunya anak ini akan pulang kerumah, memberi
penghasilannya dan kembali berbaur dengan keluarganya.

Namun ada juga anak jalanan yang hidupnya dihabiskan di jalanan, mencari
nafkah dijalanan, hidup sendiri atau memilih tidak hidup dengan keluarganya dan
bahkan sampai makan dan tidur sekalipun dia dijalanan. Kerasnya hidup dan
tekanan kebutuhan membuat mereka semakin terpuruk dan tidak berdaya

Dampak yang sangat mengkhawatirkan bilamana anak-anak jalanan tersebut
dibiarkan mengemis, meminta belas kasihan dari orang secara terus menerus, maka
kelak anak-anak tersebut akan menjadi sampah masyarakat. Sampah yang tidak
diperhitungkan akan tetapi di takuti sebagai momok yang ganas dan buas. Mereka
ditakuti karena bawaan dan tingkahlaku mereka yang tidak wajar.

Pada umumnya proses social yang salah akan mengakibatkan pembentukan
karakter yang salah juga. Krisis moral dan kepribadian merupakan produk dari
proses social yang salah. Si anak akan hidup tanpa moral dan kepribadian yang
terpecah. Selama ini mereka telah di didik oleh kerasnya kehidupan jalanan,
jadi untuk kemudiannya mereka juga akan hidup menjadi manusia yang tidak
bermoral, berkarakter lazimnya binatang.

Kelak untuk menyambung hidupnya mereka akan berbuat apa saja dan
menghalalkan semua cara. Mulai dari mencuri, merampok, menjambret dan bahkan
membunuh sekalipun akan mereka lakukan demi sejengkal perut yang harus mereka
isi nantinya. Jadi dapat disimpulkan kehidupan jalanan akan mendidik anak
jalanan menjadi seorang penjahat dan kelak akan menjadi musuh masyarakat.

Belum lagi perlakuan negative terhadap anak jalanan, perlakuan oleh
seseorang atau sekelompok orang yang tidak memiliki hati nurani. Banyak anak
jalanan yang mengalami kekerasan baik kekerasan seksual, kekerasan fisik
sampai-sampai mengakibatkan kematian. Misalnya saja kasus Baekuni alias bungkih
alias Babe, yaitu kasus pembunuhan disertai sodomi dan mutilasi terhadap anak
anak jalanan, Babe menyodomi korbannya kemudian membunuhnya bahkan ada juga
korban yang dimutilasi.

Berdasarkan hasil penyidikan terakhir korban Babe sudah mencapai 14
orang, dimana semuanya dikubur atau dibuangnya secara sembarang. Kejahatan
tersebut mungkin hanya merupakan salah satu dari kejahatan besar yang
terbongkar. Kita tidak tahu kejahatan-kejahatan besar lainnya yang masih belum
terbongkar. Banyak argument tentang kasus babe tersebut bahkan kasus tersebut
adalah kasus paling mengerikan di Indonesia.

Tanggung Jawab Negara

Semua gambaran tersebut sangat memprihatinkan dan terdengar sangat
memalukan. Kurangnya perhatian pemerintah adalah factor dari semua itu, amanah
Undang-undang Dasar (UUD) khususnya pasal 34 ayat 1 yang menyatakan fakir
miskin dan anak terlantar dipelihara oleh Negara. Melihat amanah pasal 34 ayat
1 UUD 1945 menunjukkan bahwa pemerintahlah satu-satunya yang paling bertanggung
jawab terhadap penanganan anak jalanan tersebut. Anak jalanan di identikkan
bahkan sama dengan fakir miskin dan anak terlantar.

Dikatakan fakir miskin karena mereka memang hidup dari keluarga yang
sangat miskin tidak berkecukupan dan hidup menderita. Layak dikatakan anak
terlantar yang terlihat dari keseharian mereka dimana anak-anak tersebut sama
sekali tidak mendapat perhatian dari orang tuanya, mereka di terlantarkan dan
dibiarkan berjibaku mencari kehidupan di alam bebas tanpa memperhitungkan
bahaya dan dampak terhadap masa depan si anak.

Untuk itu kepada pemerintah yang harus dibenahi sebelum mengurusi masalah
anak jalanan adalah harus terlebih dahulu memperbaiki perekonomian bangsa ini.
Bilamana perekonomian kita sudah lebih baik, maka fenomena anak jalanan
tersebut lama kelamaan akan berangsur-angsur hilang. Perlu kita ketahui dan
pikirkan bersama bahwa jangan sampai masa depan dan cita-cita mereka pupus
sebelum bersemi.***

Di kutip dari Tulisan Mahasiswa Fakultas Hukum Universitas HKBP Nommensen.

Anak Jalanan, Potret Buram Indonesia

Tim Liputan 6 SCTV
Anak Jalanan, Potret Buram Indonesia
 
 
Liputan6.com, Jakarta: Berkeliaran di jalan. Tanpa aturan. Inilah potret sebagian anak Indonesia. Mereka tidak seharusnya di jalan. Tapi, semua terpaksa dilakukan. Mengais rezeki, sesuatu yang seharusnya tak menjadi tanggung jawab mereka. Kemiskinan memang menjadi faktor utama yang mendorong para orangtua tega melepaskan anaknya jadi pekerja di jalanan.

"Cukup banyak orang miskin yang berpendapat dengan memperkejakan anak di jalan, itu mendapatkan sumber tambahan baru," kata Adrianus Meliala, Kriminolog Universitas Indonesia, di Jakarta, Sabtu (16/1).

Bahaya yang mengintai anak di jalanan sebenarnya sangat besar. Salah satunya adalah intimidasi dan kekerasan dari orang-orang yang jauh lebih dewasa. Bahkan, kemungkinan untuk mengalami tindakan pelecehan seksual, sepert sodomi yang bisa berujung pada kematian. "Dengan anak berada di jalan, sebenarnya anak terekspos dengan bahaya," ucap Adrianus.

Nasib anak-anak Indonesia tampaknya masih terus terpinggirkan. Komisi Nasional Perlindungan Anak mencatat jumlah anak jalanan terus meningkat. Data Departemen Sosial menunjukkan hampir empat juta anak Indonesia telantar, 160 ribu di antaranya hidup di jalan.(BOG)

..::: Derita Anak Jalanan :::..


saat sesuap nasi menjadi berarti..
beribu kepala berebutnya..
lapar dan dahaga menjadi teman sejati..
jalanan kini harapan yang pasti..
kemanapun melangkah seakan tak ada beda..
caci yang terus terdapati..
dimana hati nurani..
dimana akal yang dulu bersemi..
seakan dunia tak peduli..
hanya tersenyum melihat kami mati..
hari demi hari terlewati..
hanya kebingungan yang terus ada di hati..
sampai kapan ini akan berakhir..

*** ..::: Semua, tersenyumlah pada mereka :::.. ***
*** ..::: Dengan senyuman kalian merekapun akan merasa bahwa dunia masih peduli pada mereka :::.. ***

RINTIHAN ANAK JALANAN




MENGAPA TIAP TANGISAN
TAK KAU DENGARKAN..???

MENGAPA TIAP RENGEKAN
TAK KAU HIRAUKAN ...???

MENGAPA TIAP CUCURAN KERINGAT
TAK KAU HITUNG...???

BUKANKAH KAU PANDAI UNTUK ITU SOBAT...???

DIMANAKAH GELARMU YANG KAU SANDANG...???
YANG MENJADI KEBANGGAANMU
DISETIAP SEMINAR-SEMINAR YANG ADA..

 SEHINGGA PUJIAN DATANG MENGHAMPIRIMU..

SEMENTARA ITU,. DI LORONG-LORONG SEPI...
DERITA SI KECIL MENYAYAT HATI..
RINTIHAN PENDERITAAN MENGHUJAM HATI...

TAK MAMPU LULUHKAN HATIMU...

HARUSKAH LANGIT KURUNTUHKAN...???
DAN BUMI KUGUNCANGKAN
SEHINGGA TERBUKA MATA HATIMU...???

pelajaran hidup

Pada suatu hari sepasang suami istri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba- tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan si pengemis itu, si istri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya, sebagai seorang wanita patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, “W...ahai suamiku, bolehkah aku memberi makanan  kepada pengemis itu?” Rupanya suaminya memiliki karakter yang berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, “Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!”  Si wanita terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dan kecewa. 



Pada suatu hari yang naas perdagangan lelaki ini jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan istrinya, rumah tangganya menjadi  berantakan sehingga terjadilah perceraian. Tak lama sesudah habis masa iddahnya bekas istri lelaki yang pailit itu menikah lagi dengan seorang pedagang di kota dan hidup berbahagia.


Pada suatu hari ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.Maka wanita itu berkata kepada suaminya, “Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?” Suaminya menjawab, “Berikan  makan pengemis itu!”.

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu istrinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, “Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?”. Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, “Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan taqdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dulu”. Â Mendengar keterangan istrinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, “Dan engkau, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!”.

Kesimpulan:
Di dunia ini tidak ada yang abadi, dunia bagaikan roda berputar, ada kalanya di atas, dan  ada kalanya juga di bawah jadi kalau lagi di atas jangan sombong dan takabur, memandang rendah orang lain yang nasibnya tidak beruntung karena bisa saja nasib berubah dan kita yang dulunya berpunya dan berkuasa kini harus merangkak diari bawah. Buat yang sedang di bawah pun harus tetap semangat, jangan Cuma mengeluh pasrah karena Tuhan tidak akan merubah keadaan umatNya jika mereka tidak mau berusaha dan hanya bermalas-malasan saja.

MUQODIMAH

“Jika seorang anak Adam meninggal, maka terputuslah semua amalnya kecuali 3 hal : Shadaqah Jariyyah, Ilmu yg Bermanfaat dan Anak yg Shalih yg Mendoakannya.” (Hadits Shahih Riwayat Muslim no.1631, dan Ahmad 2/372)

Dan sebaik-baiknya rumah ialah rumah yang di dalamnya terdapat Anak Yatim yang Dimuliakan.

.........................................................

Sedekah dapat menolak hari naas.(Al-Waisail 6:273 hadist ke.1)

Sedekah fapat menolak kematian yang buruk.(A-Wasail,6:255, hadist ke.2)

Sedekah akan merubah takdirmu.(A-Wasail,6:267, hadist ke.4)

Sedekah akan membukakan pintu rizkimu.(Al-Wasail 6:255, hadist ke.11

Sedekah akan mengobati penyakitmu

Sedekah akan menolak bala.(Al-Wasail 6:255, hadist ke.15)

Sedekah akan menyempurnakan imanmu.(Al-Wasail,6:255, hadist ke.21)

Sedekah akan memadamkan murka Allah.(A-Wasail,6:273, hadist ke.2)

Sedekah akan memanjangkan umurmu.(A-Wasail,6:273, hadist ke.2)

Sedekah akan menghapuskan dosamu.(A-Wasail,6:273, hadist ke.2)

Sedekah akan mensucikan jiwamu.(QS At-Taubah:103

.........................................................

Muliakanlah Anak Yatim dan kaum Dhu'afa

Niscaya Allah akan Memuliakanmu

itulah janji Allah kepada ummatnya

Dan Allah tidak pernah ingkar janji

.........................................................

Silahkan sebarluaskan tulisan didalam blog ini, dengan menyebutkan sumber urlnya dan dengan niat Lillahita'ala

Semoga Bermanfaat

Jazakumullahu khoran katsiran..

.........................................................

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More